Malaysia Dateline

Usahakan agar solat Jumaat, Jamaah dibenarkan segera

Kerajaan dicadangkan agar membenarkan Majlis Agama Islam negeri-negeri membuat peraturan bagi membolehkan solat Jumaat dan Jamaah dibenarkan semula.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, kerajaan tidak perlu menguruskan secara mikro isu pembukaan semula masjid dan surau untuk digunakan oleh umat Islam.

“Sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada Majlis Agama tentukan secara terperinci apa yang perlu dilakukan bukan menguruskannya secara mikro.

“Tentukan surau dan masjid boleh mulakan solat Jumaat dan Jamaah segera,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Menurut beliau, bila pasaraya dan restoran sudah boleh dibuka, tidak ada sebab mengapa masjid dan surau tidak boleh dibuka dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kita patut membenarkan solat Jumaat dan Jamaah dengan new normal selepas wabak Covid-19 ini,” kata Khalid Samad  dalam satu sidang media di pejabantnya dekat Shah Alam hari ini.