Usia bukan penghalang untuk hadir

Ketua AMANAH Parlimen Batu, Cikgu Ishak Surin dalam usia 84 tahun tetap hadir dalam Himpunan Hapuskan Kleptokrasi hari ini.

Beliau berkata, dirinya terpanggil untuk hadir kerana menganggap setiap rakyat Malaysia yang bermaruah wajib menentang kleptokrat.

“Setiap rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang untuk bersuara menentang golongan mustakbirin (penindas).

“Cukuplah tempoh diberi kepada mereka menyamun harta negara kerana kita tidak mahu Malaysia ini terus dikuasai kleptokrat,” katanya.

 

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS