Malaysia Dateline

Usia layak mengundi dipertimbang kurangkan ke 16 tahun

New Zealand mempertimbangkan langkah untuk menurunkan usia layak mengundi kebangsaan daripada 18 kepada 16 tahun.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan langkah itu beberapa jam selepas Mahkamah Agung negara itu memutuskan tidak membenarkan individu berusia 16 dan 17 tahun mengundi adalah sama seperti diskriminasi umur.

Walaupun Arden mengatakan secara peribadi beliau lebih suka menurunkan usia kelayakan mengundi seseorang, perubahan sedemikian memerlukan sokongan majoriti 75 peratus ahli Parlimen menyetujuinya.

Malah, penyokongnya mengakui, pada masa ini mereka tidak mempunyai bilangan mencukupi, lapor AP.

Pada masa ini, Austria, Malta, Brazil, Cuba dan Ecuador antara negara yang membenarkan orang mengundi pada usia 16 tahun.

Umur mengundi New Zealand sebelum ini diturunkan daripada 21 kepada 20 tahun pada 1969 dan kemudian kepada 18 tahun pada 1974.

Baca juga RASMI: PH dan BN akan bentuk kerajaan baru di Perak, kata Asmuni

Baca juga Dina Nadzir alami kecederaan pada pita suara