Malaysia Dateline

Ustaz didakwa buat kelucahan melampau terhadap budak lelaki

Seorang ustaz didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada pertengahan Mac 2019 antara jam 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik pondok tahfiz di Kubang Kerian, Kelantan.

Tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin semalam, lapor BH.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut akta sama iaitu penjara tiga hingga 15 tahun dan sebat.

Mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.