Malaysia Dateline

Ustaz Ebit Lew bawa anak punk bersolat

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya bertemu dengan golongan punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi kemaskini di Facebook miliknya, Ebit meluahkan rasa terkejut dan sebak melihat keadaan dua anak punk yang penuh tatu di badan sehingga mata putih pun kelihatan tatunya.

Walaupun berpewatakan seperti ganas, Ebit tidak menyangka anak-anak punk yang ditemuinya itu menangis ketika diajak berbual dan berkongsi nasihat.

Difahamkan, dua anak punk tersebut hanya tinggal di bawah jambatan dan hidup merata.

“Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu. Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas je di jalan. Terus ajak berbual-bual dan berkongsi nasihat. Tak sangka mereka menangis,” katanya.

Pada masa sama, Ebit juga memberitahu bahawa mereka membuat pengakuan kali terakhir mereka solat adalah ketika mereka kanak-kanak dan semakin menginjak dewasa, mereka sudah tidak solat lagi.

“Kami bawa balik ke rumah kasih umat kami di Jakarta. Makan bersama. Kemudian ajak solat. Katanya ‘terakhir kami solat masa budak-budak dulu. Kami dah tidak solat langsung’.

“Solat Zohor bersama tadi. Katanya inilah solat pertama setelah sekian lama. Berbual rindu ibu bapa.

“Mereka cuma anak-anak yang baik. Bertambah keluarga kasih umat kami di Indonesia. Mereka rindu kasih sayang dan rindu pada Allah. InsyaAllah mereka ingin bersama keluar tiga hari di jalan Allah,” tulis Ebit.

Baca juga: Emoji monyet tutup mata yang diguna di WhatsApp bukan tunjuk reaksi malu, tapi ini maksud sebenarnya

Baca juga: Buatlah apa-apa asal kamu amalkan ‘keep boss inform’- Nasihat individu ini buat mereka bergelar pekerja amat berguna