Malaysia Dateline

“Ustaz Hadi kroyok surat Majlis Syura, benarkah Mat Sabu Syiah”

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengkroyok surat tunjuk sebab yang pernah dikemukakan oleh Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam Pas kini didedahkan oleh bekas timbalannya Haji Mohamad Sabu.

Cerita ini kini dirakamkan oleh Presiden AMANAH itu dalam buku yang ditulisnya bertajuk ‘Juang’.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda yang terlibat banyak dalam mengurusterbitkan buku ini.

“Banyak cerita panas yang belum pernah didedahkan lagi.

“Cerita Ustaz Hadi keronyokkan surat tunjuk sebab Majlis Syura,” tulis Hasbie ketika memberi sedikit ulasan mengenai buku itu yang kini dijual di Pesta Buku Selangor di Shah Alam.

Turut dicerita oleh Mohamad adalah dakwaan beliau adalah penyokong mazhab Syiah.

Mohamad menjelaskan apakah kedudukan sebenarnya mengenai dakwaan itu dalam buku ini, kata Hasbie.

“Benarkah Mat Sabu Syiah?” tulis Hasbie dalam catatannya.

“Cerita sulit di perkampungan Komunis.
Pelbagai lagi,” kata beliau.

Turut diceritakan Mohamad menerusi buku ini adalah kisah di sebalik penubuhan AMANAH pada tahun 2015 lalu.

Buku seumpama memoir ini dikeluarkan ketika orang ramai bercakap tentang buku Datuk Seri Nazir Razak tentang keluarga beliau.

Buku Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan terjual tidak lama lagi yang mencatatkan kisah beliau di sebalik kerajaan Pakatan Harapan termasuk isu beliau dengan DAP.