Malaysia Dateline

Ustazah Afifah dakwa haram makan ubat tahan sakit, seolah memasukkan bahan meragukan dalam badan

Nama Ustazah Siti Afifah Shahbudin pernah menjadi bualan ramai dengan isu yang tidak sedap didengar apabila beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan tidak bersandar sumber sahih.

Wanita itu sebelum ini melabel golongan suami ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin.

Kemudian dia berkongsi pula mengenai keburukan minum susu berlebihan yang boleh membawa kepada pembiakan kutu.

Terbaru, pendakwah wanita itu memuat naik satu video mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang dikatakannya sebagai haram. Dia juga menggunakan tanda pagar bahaya ubat tahan sakit.

Tidak dapat difahami dengan jelas apa yang cuba disampaikan, namun setelah mendengar video yang dikongsikan, rata-rata netizen akui keliru dengan isi ceramah tersebut.

“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga badan kita ini dekat dengan kematian. Masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ini.

“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh kamu yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat,” katanya

Menerusi video tersebut juga, Ustazah berpendapat bahawa Allah SWT tidak akan menerima doa orang yang memasukkan benda haram ke dalam tubuh badan mereka.

Malah mereka juga akan mati dalam keadaan yang hina dan masuk neraka kerana telah melanggar hukum syariat Islam..

Video yang tular di Facebook itu kemudian mendapat perhatian netizen yang meminta agar wanita berkenaan diambil tindakan segera kerana boleh menyebabkan salah faham terhadap agama.

“Boleh tak ambil tindakan? Dia ini membawa fitnah pada agama, secara tak langsung nampak macam agama Islam ini tak mudah padahal agama Islam itu mudah,” kata netizen.

Baca juga: Hilang kaki kanan, namun lelaki ini berjaya jadi angkasawan

Baca juga: Jijik! Remaja sanggup raba dan cium pipi budak usia 11 tahun dalam lif