Usul 30% kuota calon Pemuda ditolak perwakilan

Usul 30% kuota calon Pemuda ditolak perwakilan

Saifullah Abdul Nasir

Usul yang dikemukakan Pemuda Amanah Nasional untuk kuota 30% calon Pilihan Raya Umum ke-14 terdiri dikalangan golongan muda ditolak perwakilan dalam Konvensyen AMANAH Nasional 2017 hari ini.

Usul yang dibacakan oleh Exco Pemuda AMANAH Nasional Saifullah Abdul Nasir dibantah dua perwakilan dari Penang dan Perak dan disokong sebahagian besar daripada 789perwakilan yang hadir.

Dalam perbahasan usul Pemuda AMANAH Nasional itu, Saifullah berkata, parti perlu mengenengahkan calon muda di kalangan pemuda dan wanita bagi mewakili kelompok pemuda dalam Pakatan Harapan.

“Apabila disebut peremajaan parti bukan pemuda nak rampas kuasa dari orang yang lebih berpengalaman dan tidak juga ‘gila’ nak bertanding dan tidak memisahkan golongan lama dan baharu.

“Tetapi Pemuda melihat bahawa penting kita mendepani realiti isu ekonomi yang terkesan dikalangan anak muda yang terdiri daripada lelaki dan wanita,” ujarnya.

Beliau memberikan keperluan kuota 30% calon pemuda dalam pilihan raya kerana Pemuda adalah golongan yang dekat dengan cabaran teknologi yang bergerak pantas.

“Dalam hal ini golongan muda harus ditonjolkan berdasarkan kepada populasi bandar yang akan meningkat 70 peratus menjelang 2020 terdiri daripada rakyat berusi 40 tahun ke bawah akan mengambil posisi 2/3 daripada pendudukMalaysia manakala usia pertengahan rakyat Malaysia adalah 27 tahun,” jelasnya yang turut memaparkan slide beberapa tokoh pemimpin dunia yang menjadi ahli politik ketika mereka dalam usia di bawah 40 tahun.

Ketua Amanah Sik Sulaiman Ibrahim

Bagaimanapun ketika Timbalan Speaker Yuhaizad Abdullah membuka usul dibahaskan dua perwakilan menyatakan bantahan manakala tiga lagi menyokong dengan pindaan.

Wakil dari kawasan Sik Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) berkata, sebelum Pemuda mahu memenuhi kuota 30% itu, sebagaimana pemimpin tokoh pemimpin muda dari luar negara, pemuda perlu menunjukkan gerak kerja ke lapangan berbanding di peringkat nasional.

“Saya sokong 30 peratus itu tetapi Pemuda jangan hanya pandai bercakap untuk mendapat tempat wakili rakyat. Itu luar negara… ini dalam Malaysia.

” Dalam Malaysia golongan pemuda berada di kawasan perkampungan. Pemuda kena tunjukkan ke sungguhan.

“Pemuda ramai yang bekerja di peringkat atas tapi diperingkat bawah berapa ramai pemuda sokong kita dalam beberapa peratus saja di Dun dan Parlimen.

“Untuk 30 % kuota perlu dikaji semula.Tunjukkan kesungguhan pemuda di peringkat bawah untuk tarik golongan anak muda terus bekerja, jika Pemuda Nasional mahu sasarkan 30% kuota calon PRU akan datang,” ujarnya mendapat sorakan dikalangan perwakilan yang hadir.

Manakala perwakilan dari Penang Zahar Zainol pula berpandangan, kebanyakan golongan muda yang lahir selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pernah meletakkan kuota 30% untuk Melayu dan bumiputera bagi peningkatan taraf hidup mereka.

Katanya apabila Pemuda Amanah Nasional membawa usul 30% kuota calon pilihan raya menunjukkan pemuda Amanah masih lemah dan ketinggalan sebab itu perlukan kuota.

“Statistik penubuhan sayap Pemuda di kawasan hanya 48 kawasan daripada 155 kawasan manakala di cawangan 0/662 cawangan.

” Kita melihat bila Pemuda minta kuota jelas mereka lemah dan ketinggalan.

“Mudanya bukan pada usia.. orang lelaki mudanya pada hati dan minda.

“Dalam memenuhi kriteria PRU untuk pilih calon tidak dihadkan peratusan bukan isunya, tidak kira berapa usia jika memenuhi merit jadilah pemimpin.

“Jika orang muda layak bukan setakat 30 %… 80% peratus pun tak pa,” ujarnya disambut tepukan dikalangan perwakilan.

Hari ini sebanyak 7 usul dibahaskan hanya usul daripada Pemuda AMANAH Nasional berkaitan kuota 30% calon PRU dikalangan pemuda ditolak perwakilan.

Manakal 31 usul lagi diterima tanpa bahas.

Konvensyen Nasional AMANAH kali ke-2 berlansung selama dua hari di Hotel Royale Singnature, Alor Setar menyaksikan seramai 789 perwakilan hadir di seluruh negeri.