Usulkan kertas putih beli pesawat MAS, desak  Najib gugurkan Habibur Rahman

Usulkan kertas putih beli pesawat MAS, desak Najib gugurkan Habibur Rahman

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan menghantar satu usul ke Parlimen bagi sidang dewan akan datang supaya satu kertas putih dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia bertujuan bagi menerangkan bagaimanakah Khazanah dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dapat memastikan perbelanjaan RM50 bilion untuk membeli pesawat kapal terbang baharu tidak akan sia-sia

Beliau turut mendesak kerajaan mengugurkan Datuk Habibur Rahman Kadir Shah daripada memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah MAS (Pengarah bukan eksekutif) yang baru dilantik sejak 18 Mei 2017 lalu.

Rafizi yang merujuk kepada satu Laporan Flightglobal mendakwa, secara jelas mengesahkan bahawa MAS telah pun menempah 25 pesawat baru Boeing 737 MAX dengan kontrak pilihan untuk menempah 25 lagi pesawat yang sama.

“Harga yang dilaporkan adalah USD5.5 bilion untuk 50 buah pesawat yang telah dan akan ditempah, menjadikan harga sebuah pesawat Boeing 737 MAX adalah AS$110 juta sebuah.Harga bagi 50 buah pesawat Boeing 737 MAX pada tukaran RM4 kepada AS$1 adalah RM22bilion.

“Oleh itu, jumlah perbelanjaan yang telah diumumkan oleh CEO MAS di dalam laporan
antarabangsa atau pun tempahan yang telah dibuat bagi membeli pesawat-pesawat kelas 737 dan kelas “widebody” adalah RM49.5 bilion pada anggaran semasa.

“Sebab itu kehadiran Datuk Habibur Rahman di dalam Lembaga Pengarah MAS sejak Mei 2017 menimbulkan tanda tanya apakah keperluan seorang penasihat kanan Datuk Seri Najib yang mempunyai reputasi yang tidak baik dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah ketika MAS dijangka akan membelanjakan sehingga RM50 bilion untuk membeli pesawat-pesawat baru.

“Saya juga menyeru supaya pengurusan Khazanah dan MAS mengesahkan secara rasmi bahawa ia bercadang untuk membeli 75 pesawat baru yang menelan belanja sehingga RM50 bilion dalam masa 2 tahun ini dan bagaimanakah MAS bercadang untuk membiayai pembelian ini?

“Saya untuk dan sekaligus mendesak Datuk Seri Najib menggugurkan Datuk Habibur Rahman Kadir Shah dari Lembaga Pengarah MAS dengan serta-merta,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga turut memetik laporan Laporan Bloomberg yang menyebut bahawa CEO MAS, Peter Bellew dalam satu temu ramah tahun lalu, katanya, mengesahkan bahawa MAS bercadang untuk menggantikan 15 pesawat sedia ada dengan
pesawat-pesawat baru dari kelas “widebody”.

Mas juga bercadang untuk membeli 10 pesawatbaru dari kelas “widebody”.

“Ceo Mas itu juga menyebut bahawa pesawat-pesawat yang dipertimbangkan dari kelas“widebody” ini adalah A330 dan A350 dari Airbus dan 787 dari Boeing,” ujarnya.

Sebagai rekod Najib dalam lawatan rasminya ke Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan mengumumkan MAS akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners.

Najib juga berkata, kerajaan akan membeli 25 lagi pesawat 737 dengan nilai lebih AS$10 bilion atau RM42 bilion dalam tempoh akan datang.

CATEGORIES
TAGS