Usul tidak percaya MB Terengganu ditolak, Adun pembangkang bantah

Usul tidak percaya MB Terengganu ditolak, Adun pembangkang bantah

Usul undi tidak percaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ditolak Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri setelah Dewan berhenti rehat, petang tadi hingga menimbulkan bantahan Adun-Adun pembangkang.

 

Usul undi tidak percaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said terhadap Menteri Besar Terenggaanu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman ditolak Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri setelah Dewan berhenti rehat, petang tadi hingga menimbulkan bantahan Adun-Adun pembangkang.

Ini kerana, bagi mereka, perlembagaan negeri jelas menyebut, usul undi tidak percaya tidak memerlukan notis sebagaimana yang diputuskan Yang Dipertua Dewan.

Ahmad Said yang juga mantan menteri besar megusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif mengikut peruntukan Perkara 14(6) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tengah hari tadi.

Menurut peruntukan undang-undang itu, jika menteri besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri, maka ketika itu melainkan dengan perintah Sultan bagi membubarkan Dewan Udangan Negeri, Menteri Besar perlu membubarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Usul itu dikemukakan Ahmad Said menjelang Dun Terengganu berhenti rehat.

Speaker Dewan kemudian menangguhkan persidangan.

Selepas Dewan kembali bersidang pada jam 2.30 petang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong membuat keputusan menolak usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dengan alasan tiada notis dikemukakan lebih awal.

Gagal menjawab soalan yang dibangkitkan anggota dewan daripada pembangkang, beliau kemudiannya menangguhkan sidang dewan sehingga esok lantas meninggalkan dewan.

Ahmad Said dan Adun pembangkang berhujah bahawa perlembagaan negeri dengan jelas menyatakan bahawa tiada notis diperlukan untuk usul undi tidak percaya.

Dun Terengganu mempunyai 32 ahli dengan BN termasuk Ahmad (17 orang), PAS (14) dan PKR (1).

Jika Ahmad tidak lagi menyokong BN, bermakna Dun Terengganu mempunyai bilangan ahli yang sama antara kerajaan dan pembangkang.

TAGS