Malaysia Dateline

Usul undi percaya-Anwar pejuang yang berani

Kesungguhan Anwar mengenai usul tersebut kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar, adalah bagi meyakinkan rakyat dan dunia luar bahawa beliau sememangnya mempunyai dokongan yang penuh untuk menerajui kepimpinan negara serta seorang pejuang yang berani.

“Tindakan terbaru wakil rakyat Bersatu di Sabah yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga meninggalkan dan tidak lagi menyokong parti tersebut membuktikan mereka tidak dapat menerima doktrin kebencian, permusuhan dan perkauman sempit.

“Ia ditolak oleh rakyat Sabah dan Borneo kerana menyedari bahawa tindakan sedemikian akan merosakkan hubungan kaum dan agama.

“Adalah diyakini krisis kepercayaan terhadap Muhyiddin dan PN akan berterusan selepas ini.

“Malah Bersatu bukan sahaja akan hilang sokongan, sebaliknya mereka dipercayai akan dinyahkan dan lenyap bersama-sama PN di Semenanjung juga,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah.

Seluruh rakyat dalam negara ini sedang menanti tanggal 19 Disember dengan penuh debaran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap untuk menerima dan meneruskan usul percaya terhadap beliau menjelang sidang Parlimen yang akan datang minggu hadapan.

Kesungguhan Anwar mengenai usul tersebut kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar, adalah bagi meyakinkan rakyat dan dunia luar bahawa beliau sememangnya mempunyai dokongan yang penuh untuk menerajui kepimpinan negara serta seorang pejuang yang berani.

“Tindakan terbaru wakil rakyat Bersatu di Sabah yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga meninggalkan dan tidak lagi menyokong parti tersebut membuktikan mereka tidak dapat menerima doktrin kebencian, permusuhan dan perkauman sempit.

“Ia ditolak oleh rakyat Sabah dan Borneo kerana menyedari bahawa tindakan sedemikian akan merosakkan hubungan kaum dan agama.

“Adalah diyakini krisis kepercayaan terhadap Muhyiddin dan PN akan berterusan selepas ini.

“Malah Bersatu bukan sahaja akan hilang sokongan, sebaliknya mereka dipercayai akan dinyahkan dan lenyap bersama-sama PN di Semenanjung juga,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah.

Baca juga: Anwar akan selesaikan isu projek tebatan banjir hari ini