Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Usul undi percaya Pas  halang Anwar jadi PM, kata Nik Nazmi

Usul undi percaya Pas halang Anwar jadi PM, kata Nik Nazmi

MALAYSIADATELINEFebruary 14, 2020 12:57 pm




Cadangan usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad kekal sehingga habis penggal oleh Pas semata-mata mahu menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kataKetua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

 Menurutnya, ia adalah perkara yang tidak perlu dilakukan dan posisi parti kerajaan dalam Dewan Rakyat bukan persoalannya.

“Kerajaan masih majoriti dengan 139 daripada 222 kerusi dan tidak ada yang cuba mengusulkan undi tidak percaya kepada PM,” ujarnya dalam twitternya hari ini.

Menurut Nik Nazmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, cadangan Pas yang usul itu perlu didebat dan diluluskan juga hanya menganggu parlimen yang mahu membincangkan isu dasar negara.

 “Ia juga tak menghalang Mahathir daripada berhenti apabila dia mahu,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, perangai Pas dianggap pelik kerana menjadikan kemenangan dua PRK berturut-turut oleh UMNO dijadikan alasan mahu berbuat demikian.

Jika mengikut khabar angin, katanya, usaha Pas itu dicadangkan sebagai pemula kepada pembentukan kerajaan pintu belakang bersama UMNO dengan nama Muafakat Nasional.

Menurut Nik Nazmi, Pas perlu menjadikan peristiwa dalam isu kerajaan belakang pintu di Kelantan pada tahun 1977 yang akhirnya Pas menjadi mangsa oleh Umno.

Pas juga perlu menjadikan pesanan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya jangan sesekali bekerjasama dengan Umno

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production