Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Usul undi percaya Pas satu perkara ‘canggung’

Usul undi percaya Pas satu perkara ‘canggung’

Oleh BERNAMAFebruary 12, 2020 7:02 am




Cadangan Pas untuk membawa ‘usul undi percaya’ ke Dewan Rakyat agar Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri, satu perkara ‘canggung’ yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menganggap ia sebagai tiada asas, Anwar yang juga Presiden PKR berkata perkara itu pada pendapatnya tidak wajar pun diangkat untuk dibincangkan di dalam mesyuarat PH.

“Pas biasalah. Itu usul Pas, kita tidak anggap itu perkara yang serius. Itu hanya usaha untuk pecah belahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Alumni Yayasan Anda Akademik (YAA) semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.

Terdahulu, Anwar yang juga pengasas, pengarah dan guru di YAA, sebuah sekolah swasta yang diwujudkan sejak 1971, berkongsi pengalaman dan suka duka bersama bekas tenaga pengajar dan pelajar sekolah berkenaan yang hadir.

Katanya, sejak dari awal lagi sehingga sekarang prinsipnya tetap sama.

“Dari Universiti Malaya, masuk ABIM sehingga ke sekolah ini, apa tema saya? Derita rakyat, bela nasib orang miskin dan kurangkan jurang maha kaya dan miskin dan pastikan semua program ekonomi lebih rancak dan pantas dengan tidak meninggalkan nasib dan derita rakyat,” katanya.

Anwar yang juga mesra dipanggil ‘Cikgu Anwar’ di majlis itu menjadi tenaga pengajar di YAA bagi subjek Pengajian Am, bahasa Inggeris dan Pengajian Islam sekitar tahun 1971 sehingga 1974 sebelum dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyambung semula khidmatnya dari 1976 sehingga beliau meninggalkan bidang akademik untuk menyertai politik.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production