Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Usul undi percaya, Rashid, Kor Ming tiada kuasa tolak, kata Pas

Usul undi percaya, Rashid, Kor Ming tiada kuasa tolak, kata Pas

MALAYSIADATELINEFebruary 11, 2020 12:34 pm




Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak ada hak atau kuasa untuk bersuara menolak usul undi percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan dibawa oleh Pas pada sesi persidangan Mac ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan bukan satu jawatan yang berkuasa besar.

 Ini kerana katanya, Perkara 7 (1) memperuntukkan bahawa tugas Timbalan Yang Dipertua hanyalah untuk mengetuakan mesyuarat Majlis Dewan Rakyat sebagai pengerusi jika Yang Dipertua Dewan tidak hadir.

“Oleh itu, baik Datuk Mohd Rashid Hasnon ataupun Nga Kor Ming, tidak patut membelakangkan ketua mereka, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof.

“Sebaliknya, itulah yang berlaku hari ini apabila Rashid secara terbuka mengeluarkan kenyataan menolak usul undi percaya terhadap Mahathir yang ingin dibawa oleh Pas.

 “Alasan digunakan Rashid, mengikut laporan akhbar Berita Harian ialah “usul yang ingin dibawa Pas itu tidak menyentuh kepentingan umum dan tidak perlu disegerakan”,” katanya dalam kenyataan kepada media , seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini
Beliau berkata, selaku Timbalan Yang Dipertua, Rashid patut tahu ayat yang digunakan dalam Perkara 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara 18 (2) menyebut “Tuan Yang Dipertua hendaklah menolak permintaan (untuk mengemukakan usul) itu kecuali jika dia puas hati iaitu perkara itu ialah perkara tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan orang ramai”.

Katanya, ini langsung tidak disebut dalam Perkara 18 (2) mengenai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, tetapi yang disebut hanyalah mengenai Yang Dipertua Dewan Rakyat, menunjukkan ini adalah kuasa mutlak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Jelas beliau lagi, Perkara 18 (2) juga menyebut “Seseorang ahli hendaklah mengeluarkan pemberitahu bersurat yang tidak melebihi tiga ratus perkataan kepada Tuan Yang Dipertua berkenaan dengan perkara yang hendak dirundingkannya itu, iaitu sekurang-kurangnya dua puluh empat jam tidak termasuk hari kelepasan sebelum persidangan dimulakan”.

“Sekarang ini pemberitahu bersurat yang dimaksudkan oleh Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini belum pun diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, bagaimana Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah boleh menolaknya?

“Inilah bahananya bila Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah dipilih dari Ahli-ahli Parlimen kerana sebagai Ahli-ahli Parlimen yang mewakili parti tertentu, mereka pastilah memiliki kepentingan tertentu dan bersifat partisan dalam isu-isu tertentu.

“Keputusan hanya boleh dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah pemberitahu bersurat dikemukakan bersekali dengan penjelasan bertulis,” ujar beliau.

Menurut Mohd Khairuddin, dalam membuat keputusan itu Yang Dipertua Dewan Rakyat sewajarnya mengambil kira duluan dalam usul-usul sama yang pernah dibuat pada tahun 1976, 1997 dan 2003

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production