Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua masjid menjadikan kebajikan anak kariah sebagai salah satu tumpuan aktiviti mereka.
Sewaktu Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, PM Anwar menyinggung keperluan pembangunan masjid harus menumpukan perhatian kepada kebertanggungjawaban kebajikan kariah terutamanya golongan fakir atau miskin tegar.
“Kesenjangan tanggungjawab dan amanah penting kepada pembangunan umat Islam dari segi jiwa dan raga, keteguhan akidah serta iman selain pengukuhan iman.
“Apa guna ada kuasa dan pengaruh tetapi lupa tanggungjawab kepada pihak yang memerlukan kendatipun bukan Islam sekalipun,” kata beliau dalam majlis tersebut.
Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam menyelesaikan kemiskinan tegar di seluruh negara pada hujung tahun ini.
Sebelum pulang, beliau sempat santuni kariah masjid dan masyarakat setempat sambil menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya merealisasikan pembangunan semula masjid ini.
Anwar berada di Pulau Pinang dalam siri pelancaran jentera kempen PRN Pulau Pinang semalam.
Sebelum itu, beliau dan pimpinan negara berada di Kedah.