Malaysia Dateline

UUM diminta kaji kedudukan Kamarul Yusof, memalukan kata netizen

Universiti Utara Malaysia (UUM) didesak supaya mengkaji kedudukan kakitangan mereka, Dr Kamarul Zaman Yusof kerana keghairahan menulis beliau telah beberapa kali memalukan institusi awam itu.

Inilah desakan para netizen ekoran sekali lagi pensyarah UUM itu terpaksa meminta maaf atas keceluparan tulisannya.

Keghairahan Kamarul Zaman menulis dan menyerang pihak musuh politik menerima akibatnya lagi apabila beliau terpaksa membuat permohohonan maaf secara bertulis di media.

Beliau terpaksa membeli ruang iklan di sebuah media dan memaparkan notis permohonan maaf beliau kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Permohonan maaf ini terpaksa dibuat oleh beliau ekoran tulisan bertajuk ‘Tiada walau satu sen pun hasil daripada dana USD50 juta kerajaan Qatar sudah sampai kepada pelarian Rohingya’.

Tulisan itu telah disiarkan melalui facebook beliau pada 30 April 2020 yang lalu.

“Saya mengatakan dengan penuh tanggung jawab bahawa sesungguhnya kenyataan saya dalam posting Kamarul tersebut adalah tidak benar, kelihatan berunsur fitnah serta tidak berasas kerana terpengaruh dengan asakan dan desakan yang tidak berasas tanpa membuat semakan terlebih dahulu kepada maklumat yang diberikan,” kata Kamarul yang juga felo Terengganu Strategik Intergrity Institut – TSIS yang dimiliki kerajaan Pas Terengganu.

Permohonan maaf itu disiarkan dalam Notis Am akhbar harian berkenaan.

“Nak tanya Kamarul Yusoff betulkah nama di bawah tuan yang punya.

“Jika betul pihak UUM patut gantung dia. Memalukan.

“Mahasiswa UUM tidak rasa malukah,” tulis Hussin Jan melalui facebook beliau.

Tengku Carlos Rizal pula menulis, “Tu pun ada hati nak saman orang.” Ia ekoran tindakan Kamarul menyatakan beliau akan menyaman beberapa pemimpin DAP kononnya mereka memalukan beliau.

Hassroy Abdullah pula menulis, “Tanah UUM banyak yang kosong. Suruh prof ni pi tanak kangkung.”