Malaysia Dateline

Vaksin AstraZeneca: Australia sahkan individu kedua alami darah beku

Australia mengakui gagal mencapai sasaran untuk menvaksinasi hampir 26 juta penduduknya pada akhir tahun ini berikutan terdapat individu menghadapi darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Individu kedua terbabit telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih meneruskan kempen vaksinasi.

Ini mendorong pegawai Australia untuk mengesyorkan agar mereka yang berusia di bawah 50 tahun menerima vaksin Pfizer berbanding AstraZeneca, dipetik Astro Awani.

Menurut Menteri Kesihatan Greg Hunt, pihaknya menjangkakan penurunan signifikan dalam jumlah vaksinasi.

Australia tidak mahu terlibat menggunakan vaksin Johnson & Johnson yang turut dikaitkan dengan masalah pembekuan darah.

Kedua-dua produk tersebut sedang dipantau oleh pengawal selia ubatan Eropah setelah mendapati kemungkinan adanya kaitan dengan pembekuan darah, walaupun ada dakwaan manfaatnya masih melebihi risiko.