Malaysia Dateline

Vaksin mungkin penyelesaian mudah, Amerika dan UK buktikan

Malaysia kini teruk dilanda wabak Covid-19.

Selama 12 bulan pertama penularan Covid-19, ketika Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu, Malaysia naik dari kedudukan ke-83 pada November 2020 dan kini berada di kedudukan ke-42 antara negara-negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi.

Kini, program vaksinasi mula memperlihatkan kesannya, seperti yang digambarkan oleh Bloomberg Covid Resilience Ranking (Mei 2021) yang terbaru — yang mengukur prestasi negara-negara dalam mengawal pandemik ini — negara-negara di Asia telah tewas kepada India, sekaligus mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara dengan prestasi paling buruk di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19.

Di kedudukan nombor satu bulan lalu – Singapura – jatuh beberapa anak tangga pada Mei selepas berdepan peningkatan kes baharu Covid-19, menyertai negara-negara Asia lain yang sebelum ini diberikan pujian kerana berjaya mengawal penularan virus berkenaan.

Taiwan dan Jepun jatuh dari 10 tangga teratas ekoran program vaksinasi yang berjalan perlahan ditambah peningkatan mendadak kes harian, sementara penularan wabak berkenaan semakin mengganas di beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Secara keseluruhan, Asia menyumbang tujuh penurunan terbesar bulan ini.

Sebaliknya, kedudukan AS dan sebahagian Eropah terus meningkat ketika penularan wabak itu semakin reda. Dengan pemberian vaksin yang semakin meningkat, mereka kini membenarkan perjalanan, membatalkan arahan pemakaian topeng muka dan sekaligus ingin menamat era Covid-19 di negara itu.

UK melonjak tujuh anak tangga ke tangga ke-11, dan AS pula kini berada di tangga ke-13 dalam Bloomberg Covid Resilience Ranking pada Mei 2021.

Pun begitu, situasi Covid-19 di Malaysia nampaknya masih tidak berubah. Prestasi kita masih buruk jika dibandingkan dengan India dan Indonesia.

India mencapai puncak kenaikan kes harian sebanyak 414,422 kes pada 6 Mei, yang mengalami penurunan lebih daripada 40 peratus dalam lima hari terakhir peningkatan kes Covid-19 baharu setiap hari, sementara untuk hari ke-15 berturut-turut, Malaysia merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 yang lebih tinggi setiap hari berbanding Indonesia, yang mempunyai jumlah penduduk sekitar sembilan kali ganda daripada Malaysia!

Semalam, Malaysia memecahkan rekod peningkatan kes harian baharu Covid-19 dengan 7,478 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah sebanyak 533,367 kes dengan 2,432 kematian.

Kita mengekalkan kedudukan di tempat ke-10 di dunia dengan kes harian baharu Covid-19 tertinggi semalam, kecuali Perancis yang mengambil alih kedudukan Nepal:

1. India – 211,553

2. Brazil – 78,714

3. Argentina – 35,399

4. Colombia – 23,487

5. Amerika Syarikat – 20,183

6. Perancis – 12,646

7. Iran – 10,468

8. Turki – 8,736

9. Rusia – 8,373

10. Malaysia – 7,478

Kecuali Brazil, Argentina dan Colombia, enam negara lain iaitu India, Amerika Syarikat, Perancis, Iran, Turki dan Rusia telah mencapai puncaknya tetapi Malaysia masih berada di tahap yang tinggi untuk mencapai puncak jangkitan Covid-19.

Vaksin mungkin bukan penyelesaian mudah untuk mengakhiri wabak Covid-19 tetapi tidak dinafikan lagi ia adalah pengubahan keadaan seperti yang dapat dilihat di Amerika Syarikat dan UK.

Telah dilaporkan bahawa Datuk Bandar New York, Bill de Blasio akan memperluaskan program vaksinasi ke seluruh pelusuk bandar itu.

Ini dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan vaksin lebih mudah diakses oleh kumpulan rentan, Bandar New York juga menambah jumlah pusat vaksinasi untuk warga emas di seluruh bandar.

Inilah yang harus dicontohi oleh semua negeri dan daerah di Malaysia, dan saya mengulangi seruan saya untuk kerajaan meningkatkan dan menyelesaikan program vaksinasi kebangsaan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

Patik memohon Yang di-Pertuan Agong supaya dapat mencemar duli untuk menganjurkan persidangan Semua-Pihak dan Semua-NGO untuk meningkatkan program Carian-Ujian-Jejak-Asingkan-Sokongan (FTTIS) dan program vaksinasi kebangsaan.
————
Tulisan ini berdasarkan kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 27 Mei 2021.