Malaysia Dateline

Veteran komando gesa LTAT beri peluang lebih luas

Veteran komando Malaysia Special Service Unit (MSSU) atau kini dikenali sebagai Gerup Gerak Khas (GGK), Kolonel (B) Mior Adam Mior Sapi menggesa supaya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi peluang lebih luas kepada bekas anggota komando.

“Mereka ada kemahiran khas dan majoriti daripadanya pencen dalam lingkungan umur 40 sehingga 45 tahun.Akan tetapi untuk mendapat ruang pekerjaan pun susah.

“Oleh itu, LTAT patut beri peluang tersebut dan sekarang kita mendesak kerajaan untuk berbuat demikian,” ujarnya kepada pemberita dalam majlis perjumpaan bekas komando kumpulan pertama MSSU di Kuala Lumpur hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama yang pernah berkhidmat sebagai komando mempunyai pelbagai kemahiran dan semangat serta disiplin tinggi dalam melaksanakan tugas.

Walau bagaimanapun, majoriti golongan yang bersara itu dikatakan masih diketepikan.