Video Aaisyah Dhia Rana siang ikan di dapur curi tumpuan, tak kekok pun pegang ikan mentah

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian terbaru suami kepada pelakon Rozita Che Wan, Zain Saidin mencuri perhatian ramai apabila mengajar anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana cara-cara menyiang ikan.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok Zain, Aaisyah dilihat tidak kekok meskipun tanpa menggunakan sarung tangan.

Padahal itu percubaan kali pertama anak perempuan kepada pasangan tersebut menyiang ikan.

Selain Zain, kelihatan Mak Toknya yang setia di sisi dan turut sama mengajar Aaisyah.

Menjengah ke ruangan komen, anak pasangan selebriti itu mendapat pujian ramai. 

Rata-ratanya bangga melihat anak bongsu daripada tiga beradik itu langsung tidak geli memegang ikan dan berjaya menyiangnya dengan baik.

Pada masa sama, warga maya turut memuji Zain sebagai seorang bapa misali. Dia bukan sahaja melayan anaknya dengan aktiviti bermanfaat, bahkan sentiasa berkongsi kandungan yang baik.

“Aaisyah menahan kegelian. Kandungan yang baik lah Aisyah dan daddy,”.

“Bagus cara didikan Zain. Selalu puji anak, salah satu cara untuk motivasikan anak. Tahniah”.

“Tahniah Aisyah. Walaupun dia geli tapi dia berjaya siang ikan, elok pula tu tak pecah perut”.

“Bagusnya… kecil-kecil dah diajar buat kerja di dapur.. Alhamdulillah dah besar nanti hebat Aaisyah di dapur.”

Baca juga: PM umum berita gembira buat mangsa banjir Kelantan, salur RM50 juta pada keluarga terjejas