Video Cik B ‘review’ bilik hotel di Makkah ditonton 300 ribu kali, harga satu bilik je cecah ratusan ribu ringgit

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian ‘room tour’ oleh anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di salah sebuah hotel mewah di Makkah, menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, Cik B dan DS Vida yang sedang menunaikan umrah ketika ini dikatakan menempah bilik hotel tersebut pada harga RM220,000 untuk 10 hari.

Cik B sendiri terkejut mengetahui jumlah yang dibayar ibunya untuk menginap di hotel tersebut.

Paling menarik perhatian, tingkap bilik hotel itu betul-betul menghadap Masjidil Haram. 

Cik B juga sempat menunjukkan beberapa ruangan seperti ruang tamu, dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik.

“Okay guys, hari ini kita review bilik kita di Makkah.

“Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama,” katanya dalam kapsyen pada video yang dikongsi.

Cik B kemudian bertanya kepada ibunya tentang kos penginapan untuk hotel tersebut sebelum Vida mendedahkannya.

“Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000,”.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kekayaan keluarga usahawan tersebut sehingga mampu berbelanja ratusan ribu ringgit untuk penginapan sahaja 

Mereka juga berkongsi rasa seronok melihat mereka tidak kedekut mengeluarkan duit untuk beribadah dengan selesa.

Baca juga: Hubungan baik Anwar dengan Mesir satukan keluarga Nadir – Ketua Penerangan Pas