Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Video intim menguji ketelusan kerajaan Malaysia Baharu

Video intim menguji ketelusan kerajaan Malaysia Baharu

Oleh MOHD ALI HASHIMJuly 28, 2019 9:37 am




Video skandal semburit Sandakan sebenarnya menguji ketelusan sejauh mana ketelusan sebuah kerajaan yang bergelar Malaysia Baharu.

Lebih penting dari itu ianya menguji pemimpin-pemimpin kerajaan, apakah mereka mengutamakan kepentingan negara ataupun kepentingan peribadi.

Demikian dinyatakan oleh mantan Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria.

Jelasnya, sejarah telah membuktikan di negara maju, mereka yang dituduh terlibat dengan skandal seks ataupun kesalahan seksual, tidak mengheret kerajaan yang sedang memimpin meskipun belum dibuktikan bersalah.

Malah katanya, demi kepentingan negara, mereka dengan mudah dan rela hati akan mengambil tindakan paling hormat iaitu mengundurkan diri.

“Menteri Ekonomi Ontario, Kanada, meletak jawatan ekoran tuduhan kesalahan seksual terhadap beliau.

“Barangkali di Malaysia, seseorang pemimpin itu terus dijulang sehingga ke liang lahad tanpa mengambil kira ‘dosa pahalanya’ secara sedar ataupun tidak, sekaligus menyekat laluan bagi pimpinan muda yang berbakat.

“Negara maju, pemimpin mereka bertukar silih ganti adalah lumrah dan suatu perkara yang biasa sepertimana Theresa May hanya sepenggal sebagai Perdana Menteri di United Kingdom,” ujarnya.

Menurut Dr Zaidi lagi, video skandal semperit Sandakan juga merupakan satu ujian besar kepada PDRM untuk membuktikan apakah PDRM benar-benar bebas daripada pengaruh kuasa eksekutif, bertindak secara profesional, beretika dan telus.

“Harus disedari bahawa rakyat yang telah memberi mandat besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu amat yakin dan percaya mengenai reformasi polisi dan pelbagai dasar yang akan dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Tidak dapat dinafikan sokongan majoriti yang diberikan oleh rakyat sudah pasti mereka ingin melihat sejauh mana ‘the rule of law’ dijunjung, dinobat dan dipraktikkan sepertimana yang dicanang-canang sebelum kemenangan diperolehi sebelum ini.

“Secara jelasnya, video skandal semperit Sandakan ini sememangnya suatu ujian besar yang digalas oleh kerajaan PH bagi membuktikan bahawa Malaysia Baharu yang sering dilaung-laungkan mampu untuk membina semula negara seperti mana yang amat dharapkan oleh majoriti rakyat dalam negara ini,” tambah beliau.

Rentetan itu sarannya, isu ini harus diselesaikan dengan segera tanpa adanya permainan politik mana-mana pimpinan bagi menjamin dokongan majoriti rakyat akan terus diperolehi sekali lagi menjelang PRU ke-15 yang akan datang.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production