Video intim mirip menteri: Pemimpin sebuah parti politik dalang, kata KPN

Video intim mirip menteri: Pemimpin sebuah parti politik dalang, kata KPN

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, video intim yang didakwa melibatkan individu mirip menteri kanan Kabinet mempunyai keberangkalian tulen yang tinggi.

Menurutnya, hasil analisis CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity) terhadap video tersebut menunjukkan hasil proses pengecaman wajah yang negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video itu dengan individu dimaksudkan.

“Hasil siasatan PDRM mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu,” ujarnya dalam kenyataan petang ini.

Abdul Hamid menambah, video yang disebar bagi membangkitkan kegusaran masyarakat itu telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.