Malaysia Dateline

[video] Isu LGBT, ICERD Mujahid jawab kritikan perwakilan

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjawab kritikan perwakilan Konvensyen Nasional AMANAH berhubung pendiriannya sebelum ini dengan beberapa isu kontroversi melanda negara.

Antaranya, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ratifikasi serta Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut, reaksinya berhubung isu terbabit adalah atas kapasiti beliau memegang portfolio agama.