Malaysia Dateline

[video] Lawatan rasmi Menteri Pertahanan ke Republik Turki

LAWATAN RASMI YB MENTERI PERTAHANAN KE REPUBLIK TURKI

Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah mengadakanlawatan rasmi ke Republik Turki bermula 17 hingga 19 Disember 2018 sebagaimemenuhi jemputan pihak Kerajaan Turki.

Pada lawatan itu YB Menteri Pertahanan telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau TYT Halusi Akar di Kementerian Pertahanan Nasional Turki sekaligus menghadiri Mesyuarat bilateral yang dipengerusikan bersama Malaysia –
Turki.

Pada pertemuan itu, mereka antara lain turut membincangkan kerjasama
pertahanan khususnya berkaitan aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan di antara kedua-dua negara.

Selain itu, YB Menteri Pertahanan juga telah membuat kunjungan hormat kepada Presiden Republik Turki TYT Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Istana Presiden.

Antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuan itu termasuk hubungan kerjasama dua hala, isu-isu keselamatan serantau, ancaman pengganas Daesh serta isu
Rohingya.

Sementara itu, YB Menteri Pertahanan juga telah diberi peluang melihat secara lebih dekat kemajuan industri pertahanan Republik Turki seperti lawatan ke Istanbul Shipyard, Defence Industry Presidency, Havelsan serta Turkish Aerospace Industry.

Lawatan kerja rasmi ke Republik Turki ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskankan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan di antara kedua-dua negara ini.

Delegasi Malaysia turut disertai Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan SriDato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Duta Besar Malaysia Ke Turki Dato’ Abd Razak bin Abdul Wahab, Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan En. Wan Mohd Asraf bin Wan Salleh, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan En.Mohd Azhar bin Che Mat Dali, Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan, Brig Jen Mohammed Feizol Anuar bin Dato’ Hj Ayob.

“PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”