Video pengakuan Haziq jadi modal pemasaran produk makanan

Video pengakuan Haziq jadi modal pemasaran produk makanan

Pengakuan Haziq Abdullah Abdul Aziz semalam berhubung aksi ranjangnya bersama individu mirip seorang menteri kanan turut menjadi modal pemasaran untuk produk makanan keluaran Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd.

“Kami ‘sumpah’ serbuk kunyit kami halal,” menerusi ciapan Adabi Consumer dalam akaun Twitter hari ini.

Turut disertakan gambar yang disunting dengan sebungkus Serbuk Kunyit Campuran (Sebatian) bersaiz besar berada di atas sebuah sofa.

Imej itu dilihat menyerupai set sidang video berdurasi 35 saat oleh Haziq yang duduk di atas perabot itu.

Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama berkenaan juga menyebutkan tentang pengakuan bersumpah bahawa dia bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam video kontroversi itu.

Sejak beberapa tahun lalu, masyarakat negara ini menggunakan panggilan ‘kunyit’ merujuk kepada orientasi homoseksual atau hubungan sejenis.