Video seks: Azmin tidak perlu ambil cuti

Video seks: Azmin tidak perlu ambil cuti

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan polis terhadap video seks yang dikaitkan dengannya.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, kes membabitkan Azmin berbeza dengan desakan PH agar pemimpin BN, ketika menjadi kerajaan, agar bercuti ketika disiasat.

“Mengapa? Mereka (polis) boleh teruskan (siasatan). Dia (Azmin) tidak akan menjadi gangguan kepada siasatan itu.

“Ia siasatan terhadap salah laku atau jenayah, (maka) mereka boleh ambil cuti,” jelasnya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, kes membabitkan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu adalah skandal yang dirancang untuk memalukannya.