Malaysia Dateline

Video Seks: Tiga lagi lelaki ditahan bantu siasatan

Polis menahan tiga lelaki di Pasir Gudang, Johor bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesemua suspek akan direman di mahkamah pada Rabu pagi.

Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Johor.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Isnin lepas, Mahkamah Majistret di sini membenarkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan reman enam hari, bagi membantu siasatan kes video lucah itu– BERNAMA