Malaysia Dateline

Video tular: ‘Dia cerita rumahnya tenggelam, saya seluk poket bagi pada dia’

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan video tular yang mendakwa mengaitkan dirinya terbabit politik wang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.

“Gambar di dalam tu ada pihak kata, saya turun kempen sedangkan saya baru datang  sini.

“Itu berlaku ketika banjir di Pulau Pinang…jauh sebelum pilihan raya diadakan.

“Saya turun satu kawasan yang diatur parti Bersatu untuk melihat masalah golongan terlibat dan menyamapaikan bantuan. Itu tidak salahkan? Bukannya pilihan raya.

“Saya jumpa dengna perempuan tua di situ, dia cerita rumahnya tenggelam, saya seluk poket bagi  (duit) pada dia.

“Jika diedarkan (video)  itu hari ini kononnya saya bagi duit pada pengundi dalam  pilihan raya….ini satu cerita tidak benar,” ujarnya.

Beliau ditanya mengenai tular sebuah video menunjukkan beliau memberikan duit kepada seorang wanita.

Tambahnya lagi: “Saya nak menyangkal video itu tidak berlaku pada pilihan raya lepas atau sebelum pilihan raya yang lepas”, ujarnya.

Pada kempen terakhir PRK Cameron hari ini beliau hadir bersama pimpinan Pakatan Harapan pada ceramah perdana yang dijadualkan akan dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malam tadi beliau hadir dalam  ceramah di Program Ramah Mesra Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Penduduk Kg Kuala Medang.