Malaysia Dateline

PDRM

Video tular disangka kes culik, polis sahkan kejadian sebenar

Siasatan polis mengenai penularan satu video di media sosial yang pada mulanya disangka kes culik sebenarnya adalah kejadian perebutan hak penjagaan kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak terbabit 9 tahun yang telah dilarikan oleh menantu perempuan dengan menaiki sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Radzi Ahmad berkata, pada 29 September 2022 satu laporan telah diterima mendakwa kanak-kanak tersebut dilarikan. Siasatan juga mendapati video yang tular tersebut adalah insiden berebut anak.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perebutan hak penjagaan ini berlaku semenjak ibu dan bapa kanak-kanak perempuan tersebut berpisah pada tahun 2013 dan proses tuntutan hak penjagaan terhadap mangsa masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Suspek juga turut membuat laporan polis menyatakan mangsa kini selamat berada di bawah jagaannya dan menyerahkan perkara ini kepada peguamnya dan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

” “Mohd Radzi turut menyatakan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar berkaitan video yang tular tersebut kerana ia masih lagi dalam siasatan pihak polis,” ujar beliau.

Baca juga: Rakyat diajak baiki sistem pentadbiran yang diubahsuai Umno untuk curi wang negara

Baca juga: Roslan Shah bakal bertemu Jamal Abdillah, mahu mohon maaf secara berdepan