Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Video tular JPJ: Penunggang motosikal bertindak agresif elak ditahan

Video tular JPJ: Penunggang motosikal bertindak agresif elak ditahan

Oleh BERNAMAJanuary 11, 2020 7:46 am




Polis hari ini memberikan penjelasan berkaitan video tular membabitkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahan seorang penunggang motosikal selepas lelaki itu bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata suspek lelaki berumur 20 tahun itu gagal menunjukkan lesen memandu dan dokumen pengenalan diri semasa sekatan jalan di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini kira-kira 10.30 pagi semalam.

Nasri berkata semasa pemeriksaan, motosikal suspek telah sampai ke kawasan kawalan lalu lintas dan cuba untuk berhenti, tetapi diarahkan untuk terus ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut.

“Sewaktu menuju ke laluan sekatan, suspek cuba untuk berpatah balik dengan niat untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua anggota JPJ lain yang sedang mengawal keadaan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Nasri mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan anggota JPJ memukul seorang penunggang motosikal.

Beliau berkata cubaan suspek itu gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menyebabkan suspek menuju ke parit tepi jalan.

“Ekoran tindakan suspek yang enggan berhenti dan semakin agresif untuk melarikan diri membuatkan beberapa anggota JPJ sedaya upaya cuba untuk menghentikan tindakan suspek.

“Suspek telah cuba melawan sewaktu proses penahanan menyebabkan anggota JPJ terpaksa menggunakan kekerasan untuk merebahkan suspek,” katanya.

Nasri berkata suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production