Malaysia Dateline

Video tular KP SPRM: Peguam Negara masih siasat

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara menyiasat kes video yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Ahmad Zahid juga meminta agar mereka berlapang dada dan menghentikan sebarang perbuatan pembunuhan karakter terhadap Dzulkifli dan memberinya peluang untuk menjalankan tugasnya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, video yang viral di internet dan media sosial itu masih disiasat dan belum pasti kesahihannya.

Ahmad Zahid menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Dzulkifli susulan penularan video itu, ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat, hari ini.