[video] Tun M doakan himpunan bantah ICERD berjalan lancar

Bagi pihak Kerajaan, jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan. Pihak Kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi. Cuma satu sahaja permintaan Kerajaan iaitu penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain di dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam. Jika boleh jangan membuang sampah di merata-rata tempat dan jagalah kebersihan