[video]Laporan polis terhadap ADUN Temengor

Laporan polis terhadap ADUN Temengor, Salbiah Mohamed terhadap ucapan beliau di Himpunan Perpaduan Ummah di Pekan Gerik 1 Disember 2018. Dalam ucapan tersebut beliau mengatakan, “Baru enam bulan sebuah kerajaan baru memerintah, mereka mula untuk memastikan bahawa agama Islam bukan lagi menjadi satu agama persekutuan dalam negara”.

Di dalam ceramah itu, beliau telah membangkitkan isu sensitif keagamaan dengan cuba menipu dan menghasut masyarakat agar membenci, menghina dan membangkitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap Kerajaan sedia ada serta mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum di dalam negara yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan dan keharmonian dalam negara.

Laporan polis telah dibuat di IPD Ipoh oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin mewakili Pemuda Pakatan Harapan Perak.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dapsy Perak, Dan Adriel; Naib Ketua AMK Perak, Thamil Selvan; Bendahari Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fadzlan Nazeri; Pengarah Strategi AMK Perak, Zaim Sidqi; Penolong Setiausaha Pemuda AMANAH Perak, Ismail Jamal.