[video]Misi Mujahid memartabatkan Islam dalam era Malaysia Baru

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini tampil menjelaskan visi dan misi dibawah kementeriannya untuk mengangkat martabat Islam dalam era Malaysia baru. Ia dijelaskan dalam tujuh kluster teras strategik yang telah dibentuk bagi menentukan hala tuju pentadbiran agama. Dr Mujahid menjelaskan perkara terbabit dalam Perhimpunan Agensi-Agensi Di bawah Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).