Malaysia Dateline

[video]PKR Permatang Pauh terkejut pengumuman Nurul Izzah

Cabang PKR Permatang Pauh terkejut dan sedih dengan pengumuman perletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, sebagai Naib Presiden PKR dan jawatan-jawatan lain dalam parti.

Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan Nurul Izzah adalah berpunca daripada rentetan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap halatuju parti dan senario politik dalaman semasa.