Malaysia Dateline

Vietnam kuarantin 10,000 penduduk, angka korban cecah 1,369

Kuarantin pertama terbesar dilakukan di luar China berlaku di sebuah perkampungan di Vietnam yang mempunyai 10,000 penduduk selama 20 hari mulai hari ini.

AFP melaporkan langkah kuarantin ke atas komuniti Son Loi kira-kira 40 kilometer dari Hanoi itu dilakukan selepas enam kes jangkitan koronavirus (Covid-19) direkodkan.

Difahamkan, pusat pemeriksaan turut dibuka sekitar komuniti terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, lima penduduk di Son Loi dilaporkan dijangkiti Covid-19 sebelum kes keenam dilaporkan semalam.

Sementara itu, angka korban akibat akibat korban akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 1,369 orang dengan jumlah kes disahkan positif virus berbahaya itu sebanyak 60,376 kes setakat pukul 7 malam tadi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata, meskipun 99 peratus kes berlaku di China dengan tahap ‘sangat darurat’, wabak tersebut juga menjadi ancaman yang sangat serius bagi seluruh dunia.

Untuk rekod, Malaysia berada di tangga enam, negara di luar China yang mempunyai kes tertinggi dengan 19 kes setakat hari ini.