View Chin akui perniagaannya sudah musnah – “Saya pulang semua duit pelanggan, rumah sudah kosong”

Oleh KIM SYAZIE

Selepas terpalit dengan kes curang bersama pekerja sendiri, View Chin dedah perniagaan sudah musnah selepas isteri sendiri bongkar skandal.

Menerusi Facebook, View Chin akhirnya memohon maaf selepas mendiamkan diri mengenai kes curang yang didedah isterinya, Shermine.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya.

“Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin, bagi saya masa untuk perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa,” ujarnya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, View Chin turut mendedahkan ketika ini dia sedang sibuk menguruskan barangan rumahnya untuk berpindah.

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang semua barang telah dipindahkan.

“Pelbagai kerja saya perlu selesaikan penjual dan semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yang telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

“Saya perlu satu persatu menjawab setiap penjual dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu,” tambahnya.

Perniagaan View Chin juga diserang netizen dan pekerja tidak dapat meneruskan pekerjaan kerana diganggu orang ramai.

Tular sebelum ini seorang pempengaruh yang curang dengan isteri untuk bersama pekerja sendiri hingga tular nama ‘Mira’ di media sosial.

Baca juga: “Pengunjung ramai tapi tak membeli” – Salah penganjur atau penjual?