View Chin dedah bakal kahwin dengan Mira, sedia masuk islam

Oleh KIM SYAZIE

Selepas tersebar berita curang, pempengaruh media sosial, View Chin memaklumkan sudah bersedia masuk Islam dan ingin mengahwini pekerjanya, Amirah Aqilah.

Tular sebelum ini bagaimana isterinya, Shermine Ah Moi berkongsi tangkap layar perbualan suami dan pekerjanya, Mira di WhatsApp.

Menerusi satu temu bual eks­klusif bersama Kosmo! semalam, View Chin berkata, dia kini dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam.

Semalam, View Chin tampil membuat permohonan maaf kepada pengikutnya di media sosial susulan pendedahan kelakuan curang oleh bekas isterinya.

“Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin,” ujarnya dalam hantaran itu.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada View Chin dan Mira dengan berita yang dilaporkan Kosmo itu.

Baca juga: View Chin akui perniagaannya sudah musnah – “Saya pulang semua duit pelanggan, rumah sudah kosong”