Vincent Tan  lepaskan semua  saham,  tidak tahu T7 Global kontraktor ECRL

Vincent Tan lepaskan semua saham, tidak tahu T7 Global kontraktor ECRL

Tan Sri Vincent Tan memutuskan untuk melepaskan semua kepentingannya dalam T7 Global Bhd susulan terdapat laporan tidak tepat dalam berita dan media sosial mengenai tindakannya membeli 21 juta saham syarikat itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya itu berkata, beliau sudah pun menjual sebahagian sahamnya dalam T7 Global bermula semalam dan akan menjual keseluruhannya dalam tempoh selanjutnya.

Beliau turut mejelaskan tidak tahu menahu T7 Global adalah syarikat kontrakter yang terbabit dalam projek ECRL.

Mengulas lanjut Tan berkata, laporan berita terhadapnya sebelum ini disifatkan berniat buruk dan cuba mengaitkan tindakannya membeli saham T7 Global dengan keputusan kerajaan untuk tidak membatalkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), meskipun laporan sebelum ini adalah sebaliknya.

Katanya, beliau percaya laporan berita dan komen dibuat di media sosial bertujuan untuk memalukannya dan kerajaan baharu di Putrajaya.

“Justeru itu saya merasakan adalah perlu untuk saya mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan menafikan segala tuduhan atau cadangan yang tidak wajar atau mengenai kronisme di pihak kerajaan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya memperoleh kepentingan dalam T7 Global kerana mengenali pemegang saham utama syarikat ini dan apa yang lebih penting ia sebagai pelaburan jangka panjang dalam industri perkhidmatan minyak dan gas kerana T7 Global berada dalam kedudukan yang baik dalam sektor ini.

“Saya tidak tahu yang T7 Global adalah salah satu kontraktor untuk projek ECRL apabila membeli saham syarikat itu.

” Perdana Menteri telah menafikan dakwaan bahawa kerajaannya telah memutuskan untuk tidak membatalkan projek ECRL kerana rakannya, Tan Sri Vincent Tan, mempunyai kepentingan dalam projek itu,” katanya.

Katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, juga sudah menjelaskan memandangkan sebanyak RM20 bilion sudah dibayar untuk projek ECRL, maka adalah rugi untuk membatalkannya tetapi akan dirundingkan semula bagi menurunkan kos projek berkenaan.

“Di sebalik penjelasan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tuduhan tidak munasabah dan yang tidak berasas masih terus berlegar-legar dalam berita dan media sosial.

“Kerana itu, saya memutuskan untuk menjual semua kepentingan saya dalam T7 Global,” katanya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS