Viral memo: Syarikat plastik nafi halang pekerja tunai solat, akan lapor polis

Viral memo: Syarikat plastik nafi halang pekerja tunai solat, akan lapor polis

Sebuah syarikat Hond Tat Industries Sdn Bhd menafikan mengeluarkan sepucuk memo yang menghalang pekerjanya daripada melakukan ibadah solat pada waktu pejabat.

Pengurus operasi, yang enggan namanya disebutkan, dipetik berkata, syarikat itu tidak melarang pekerja beragama Islam  melalukan solat di premisnya semasa waktu bekerja, seperti yang didakwa dalam memo palsu yang menjadi viral di media sosial.

“Ini adalah tindakan sabotaj. Tiada tandatangan pada memo dan tiada kelulusan oleh pengurusan atasan. Sesiapa sahaja boleh mengambil kepala surat dan mencetaknya.

“Kami akan membuat laporan polis mengenai perkara ini tidak lama lagi. Tiada kakitangan Islam (pekerja) dilarang melakukan solat pada waktu bekerja, “katanya sperti dipetik New Straits Times hari ini.

Beliau menambah bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu mungkin dilakukan oleh pekerja yang tidak puas hati dengan majikan.

Hond Tat adalah pembekal beg plastik yang berpusat di Kapar,Kelang, Selangor.

Memo bertarikh 30 Julai, yang dikatakan dikeluarkan oleh pengurusan atasan Hond Tat, ditujukan kepada pekerja dan pekerja pengeluarannya.

Dokumen satu halaman untuk menyatakan: “Pihak Pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat ketika waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengahari sahaja.

“Dengan serta-merta, jika didapati melanggar perintah itu, denda sebanyak RM500 akan dikenakan bagi setiap kali kesalahan.”