Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Visi Penang 2030 perlu imbangan sektor pertanian, bantu golongan nelayan

Visi Penang 2030 perlu imbangan sektor pertanian, bantu golongan nelayan

MOHD ALI HASHIMMay 3, 2019 7:26 am




Visi Penang 2030 perlu mengimbangi pembangunan di Seberang Perai tanpa menggadaikan tanah pertanian dan sektor pertanian turut perlu dimodenkan,saran Ahli Dewan Undangan Negeri Permatan Pasir, Faiz Fadzil.

Beliau menekankan, golongan nelayan juga perlu dibantu keluar dari kepompong kemiskinan.

“Kerajaan negeri perlu mengadakan konsultansi dengan persatuan nelayan dan mencari solusi holistik cabaran pembangunan Pulau Pinang termasuklah tambakan Pulau.

“Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat perlu berintegrasi membantu nelayan dan persatuan nelayan menguasai ‘upstream’, ‘ midstream’ dan ‘downstream’ dalam usaha memajukan industri perikanan.

“Pembangunan modal insan perlu dititikberatkan dengan menubuhkan jawatankuasa khas menangani fahaman xenophobia yang semakin menular,” tegasnya.

Menurut Faiz lagi, rakyat mesti dididik dengan fakta dan bukannya persepsi untuk keuntungan politik.

Ujarnya lagi, walaupun kerajaan negeri melaksanakan pelbagai insentif kebajikan yang memberikan manfaat kepada masyarakat Melayu Islam, namun begitu api perkauman masih lagi terus dimainkan.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak harus dilekakan dengan sentimen kaum dan agama bagi memastikan pembangunan dan keharmonian negeri Pulau Pinang dapat dilestarikan.

“Pembangunan Dun Permatang Pasir juga perlu dititikberatkan dengan menyegerakan pembinaan dewan orang ramai dan menaik taraf gelanggang futsal.

“Selain itu pembinaan sekolah di Permatang Tok Elong juga perlu diberi perhatian serius.

“Adalah diharapkan dengan reformasi yang dilaksanakan Pulau Pinang akan terus makmur dan kekal hebat, ” tambahnya lagi.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production