Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor

Oleh BERNAMAJanuary 22, 2020 4:39 pm




Penularan wabak coronavirus dari Wuhan, China tidak akan merencatkan Tahun Melawat Johor berikutan beberapa langkah pencegahan telah diambil kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata antara langkah dilaksanakan ialah dengan memastikan setiap pelancong China atau warga tempatan yang pulang dari negara itu menjalani saringan kesihatan di setiap pintu masuk negeri.

Ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS); Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah, Iskandar Puteri.

“Kita beri perhatian terutama kepada warga Malaysia (Johor) yang mungkin pulang dari China untuk sambut perayaan Tahun Baharu Cina di sini tidak lama lagi.

“Saringan akan dibuat oleh Jabatan Kesihatan negeri sebelum mereka berlepas dan setelah mendarat di lapangan terbang,” katanya ??kepada pemberita selepas membuat tinjauan saringan kesihatan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Negeri Johor Aminolhuda Hassan di LTAS hari ini.

Liow berkata, pihaknya juga akan terus memantau dan mendapatkan maklumat mengenai penularan wabak itu dari semasa ke semasa daripada Jabatan Kesihatan.

“Setakat ini, kita cuma ada penerbangan terus dari Guangzhou, China ke LTAS. Justeru, mana-mana warga tempatan yang pernah pergi ke Wuhan diminta agar melaporkannya supaya Jabatan Kesihatan dapat pantau,” katanya.

Sementara itu, Aminolhuda berkata pasukan perubatan sudah ditempatkan di 12 pintu masuk negeri ini bagi melakukan saringan terbabit.

“Sekiranya mereka ini dikesan alami gejala demam, pemeriksaan akan dilakukan di pusat kuarantin pintu masuk dan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Setakat ini, wabak coronavirus belum dikesan di Johor, namun orang awam yang pulang dari negara berkenaan dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka selama 14 hari dan dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran jika ada simptom demam.

Media antarabangsa melaporkan sehingga 20 Jan, enam kematian direkodkan di pusat bandar Wuhan akibat wabak coronavirus.

Wabak juga dilaporkan telah merebak ke beberapa negara dengan terbaharu di Amerika Syarikat.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production