Malaysia Dateline

Wabak Covid-19 dan lunturnya hubungan kemanusiaan

Institusi pendidikan di seluruh dunia kini bergelut dengan masalah digital, setelah wabak COVID-19 memaksa kampus ditutup dan memindahkan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Keupayaan digital bukanlah sama rata bagi institusi pendidikan, dan kekurangannya telah melambatkan sistem pelaksanaan PDPC dalam talian.

Kelajuan jalur lebar dan akses pelajar ke komputer juga menjadi masalah.

Menurut UNESCO, sejak tercetusnya COVID-19, kira-kira 1.37 bilion pelajar di 138 negara di seluruh dunia terjejas oleh penutupan sekolah dan universiti.

Hampir 60.2 juta guru sekolah dan pensyarah universiti tidak lagi berada di dalam kelas.

Itali adalah negara pertama di Eropah yang menutup sepenuhnya universiti dan menukar pengajaran dalam talian.

Pada awalnya memang para pelajar telah memberi reaksi yang baik terhadap PDPC dalam talian.

Tetapi dengan keupayaan akses yang tidak sama, mendorong KPM menjalankan kajian membabitkan lebih 670,000 ibu bapa dengan jumlah pelajar hampir 900,000 orang berkenaan pemilikan peranti elektronik.

Dapatan kajian menunjukkan hanya enam peratus mempunyai komputer peribadi, 5.76 peratus mempunyai tablet, sembilan peratus mempunyai komputer riba dan 46 peratus mempunyai telefon pintar manakala 36.9 peratus pelajar tidak mempunyai sebanyak peranti.

Dalam konteks ini pengajaran di rumah merupakan satu cabaran untuk ibu bapa bagi anak-anak yang tidak mempunyai peranti dan akses kepada internet.

Sungguh pun syarikat telekomunikasi besar mengumumkan pakej bantuan bernilai untuk menyokong pembelajaran jarak jauh dan meningkatkan hubungan di kawasan terpencil namun masih terdapat kekurangan terutama akses sebenar bagi pihak pengguna.

Masalah teknikal yang paling biasa adalah sambungan internet yang perlahan, dengan pembekuan suapan video, menjadikan pengalaman pembelajaran yang sukar.

Tahap kelajuan jalur lebar yang rendah dan saluran ruang yang sesak, “tidak mungkin sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.”

Di dalam kelas fizikal, interaksi adalah lebih dinamik dan pengajar dapat merangsang maklum balas pelajar dengan lebih mudah.

Melalui pembelajaran dalam talian “guru perlu mencari cara kreatif” untuk mendorong pelajar bertanya dan mengemukakan idea baru.

Halangan utama adalah perlunya guru menyesuaikan kaedah pengajaran mereka dengan instrument yang mereka gunakan.

Semua pengalaman ini sebenarnya dapat membantu institusi meningkatkan kemampuan mereka untuk mengajar dan mengadakan pertemuan dalam talian.

Murid dan pelajar turut di minta membuat lebih banyak pencarian , kajian dan penyelidikan dalam talian dan menggunakan lebih banyak sumber digital untuk mencari artikel yang relevan dengan subjek tertentu, atau gambar dan video yang menggambarkan konsep.

Malaysia kini dikenali sebagai pengguna utama memanafaatkan Google Classroom untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran ketika tempoh PKP.

Pelajar dalam program pembelajaran jarak jauh lain juga mendapat akses ke perkhidmatan e-pembelajaran lain seperti Moodle atau Sistem Pengurusan Pembelajaran yang disediakan oleh institusi masing-masing.

Namun, masih ada pelajar sepenuh masa yang tidak tahu bahawa mereka mempunyai mempunyai akaun di platform tersebut dan sebilangan besar pengajar dan pelajar tidak pernah menggunakan sistem ini sebelum ini.

Sistem persidangan video dalam talian juga digalakkan namun agak sukar untuk mengendalikan oleh sebab perkara akses dan peranti.

Pentadbir juga sedang berusaha untuk menyesuaikan sukatan pelajarannya dengan kaedah pengajaran baru. Segala-galanya sedang dalam masa pengaturan pentadbiran.

Bagi pelajar pengajian tinggi terutama subjek seminar dan penyelidikan, pensyarah terpaksa turut memberikan kuliah dari rumah dengan merakamkan kuliah dan kemudiannya dimuat naik ke Sistem Pengurusan Pembelajaran.

Agak pelik namun para pengajar yakin ianya adalah penyelesaian sementara.

Dengan Zoom berhadapan masalah etika perniagaan , ramai bertukar kepada Google Meet, Skype atau lain-lain perisian yang mampu digunakan bersama.

Usaha untuk mengatur kumpulan fokus dalam talian, terbukti sukar. Para penyelidik menghantar permintaan, tetapi orang yang dihubungi tidak memberi respons.

Kita sudah kehilangan hubungan kemanusiaan , tetapi keutamaan institusi adalah menjaga keselamatan pelajar dan staf dengan membolehkan akses kepada makanan, rawatan perubatan dan sokongan psikologi.

Ramai yang agak panik tetapi kita inginkan dan memastikan semua adalah berjalan dengan baik dan lancar.