Malaysia Dateline

Wabak terus mengganas, 13,944 kes Covid-19 hari ini

Seperti yang dijangka, penularan wabak Covid-19 varian Omicron kini semakin mengganas apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan dalam kes harian yang kini melonjak kepada 13,944 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan keseluruhan kes Covid-19 kini sebanyak 2,939,198 kes.

Pada semalam, KKM melaporkan 11,034 kes positif baharu .

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my, maklum Hisham.