Wacana Harapan: Setuju tangkap MO1, soalnya nak urus lepas tu, kata  Husam

Wacana Harapan: Setuju tangkap MO1, soalnya nak urus lepas tu, kata Husam

Wacana Harapan malam ini yang memasuki pusingan sesi soal jawab semakin hangat dengan soalan-soalan panas.

Zainur turut membacakan butiran jenayah yang dilakukan antaranya Jho Low dan Riza Aziz membabitkan ratusan juta ringgit.

Mengulas mengenai himpunan tangkap MO1, Datuk Husam Musa mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswa dan beliau amat bersetuju dengan tindakan mereka.

“Saya sokong mahasiswa nak tangkap MO1 dan saya tak halang,

“Cuma kita kena fikir bagaimana nak uruskan MO1 selepas ia ditangkap,” katanya.

Menjawab saranan wakil Otai Reformis supaya memanfaatkan kedudukan tiga negeri dikuasai pembangkang bagi tujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai skandal 1MDB, Datuk Husam berkata, beliau masih memerlukan sukarelawan.

“Saya yakin bila kita bergerak, ramai akan ikut. Kita tidak boleh ketepikan orang Melayu perlukan ‘sentuhan’.

“Ramai lagi orang Melayu tak tengok lagi gambar hari jadi DiCaprio guna 1MDB membeli botol arak. Orang lain boleh menghabiskan wang negara kita beli arak.”ceritanya.

Beliau tidak menolak Najib akan tunduk pada tekanan rakyat jika kempen penerangan dari rumah ke rumah kalangan masyarakat Melayu dilakukan dalam tempoh sebulan.

“Saya percaya Najib tak akan buat pilihan raya. Kalau Najib berhenti sekarang, mungkin dia tak perlu masuk penjara.

“Bagi saya ini pendekatan mungkin kurang popular. Saya bimbang, tak boleh gambarkan keadaan negara (jika Najib terus berkuasa) dengan apa berlaku sekarang,” ujarnya lagi.

Datuk Zaid IbrahimBagi Datuk Zaid Ibrahim pula tumpuan mesti dibuat di kawasan Melayu yang masih kurang maklumat berkenaan 1MDB.

“Kita kena pergi kepada 1000 perkampungan (buat penerangan skandal 1MDB. Serang Kelantan dulu sebab Kelantan sekarang sokong Najib. Sasarannya kawasan orang Melayu sokong Umno, tempat Pas kuat.

“Saya berharap Amanah bertanding di semua kerusi Pas bertanding. Tak payah sentimental (dengan Pas). Amanah gunakanlah isu 1MDB ini.

“Kalau tak dapat mencuit hati orang Melayu, tidak tahulah. Ini lebih 1000 kali dahsyat daripada GST.

“Kalau nak ada wave (gelombang kesedaran rakyat), kena ada wave dari luar bandar, daripada orang Melayu,” jelas Zaid menjawab soalan kolumnis akhbar Amanah,  Shukor Harun.

TAGS