Wajah awet muda, suami isteri disangka bapa anak

Oleh KIM SYAZIE

Kalau dilihat pada wajah pastinya pasangan ini sekali pandang terlihat seperti bapa dan anak perempuan.

Pasangan dari wilayah Shaanxi, China mencuri tumpuan ramai kerana wajah wanita yang dikenali sebagai Wang itu kelihatan jauh lebih muda berbanding pasangannya.

Akibat hal itu, ramai mula meneka perbezaan umur di antara pasangan itu adalah 20 tahun lapor Wolipop

Malah ada yang menuduh Wang menikahi lelaki tersebut kerana harta.

Penat berhadapan spekulasi, wanita tersebut tampil menjelaskan jarak usia mereka hanyalah lapan tahun sahaja.

Wang dilahirkan pada 1987, manakala suaminya dilahirkan pada 1979.

Menolak lebih banyak spekulasi, Wang juga memaklumkan suaminya hanyalah ahli perniagaan biasa, malah dia juga mempunyai kerjaya sendiri.

Baca juga: Henti monopoli Touch n’ Go, Mutalib mahu PM Anwar Ibrahim campur tangan