Lidah rasmi parti AMANAH, Mingguan Amanah berwajah baharu dilancarkan hari ini sempena Konvensyen Nasional 2019 AMANAH.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu bersama Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Naib parti, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Khalid Samad tampil dalam gimik pelancaran akhbar tersebut.
Mingguan Amanah yang terbit sejak Mac 2016 itu kini telah mencecah penerbitan yang ke-180 keluaran dengan tema Tepat Lagi Berwibawa.
Selain memuatkan berita berkaitan isu semasa AMANAH, akhbar tersebut turut mengetengahkan sejumlah artikel pimpinan parti dan Pakatan Harapan (PH) serta analisis daripada penulis-penulis politik terkenal tanah air.