Gugur jantung seorang ibu apabila melihat wajah anak yang dilahirnya 10 minggu lalu dipenuhi dengan kesan luka yang berdarah.
Seperti dicakar seseorang, kecederaan itu disedarinya saat mengambil anak kecil itu pulang dari pusat jagaan kanak-kanak atau taska.
Terdapat lebih dari 20 kesan cakaran, wanita itu merasa sangat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh pihak taska.
Menyifatkan kejadian berlaku secara ‘tidak sengaja’ pihak taska memaklumkan bahawa bayinya dicakar oleh kanak-kanak lain di pusat itu.
Bersikap cuai, wanita itu hairan bagaimana kakitangan di taska berkenaan boleh membenarkan anaknya dicakar sebegitu teruk.
Segera dikejarkan ke hospital, wanita itu bersyukur setelah dimaklumkan bahawa kesan cakaran tersebut bakal hilang tanpa parut tidak lama lagi.
Berlaku di pusat jagaan ‘Only About Children’ di Melbourne, Australia, kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan negara.
“Ini adalah perkara yang paling mengerikan berlaku kepada anak lelaki kami. Kami tidak dapat menerima kejadian ini.
“Mereka (pihak pengurusan) memberitahu bahawa kejadian berlaku secara tidak sengaja tetapi kami tidak boleh menerima penjelasan tersebut.
“Lebih 20 calar di muka Noah (bayi), bagaimana ini boleh berlaku secara tidak sengaja?” Soalnya ketika ditemui media, lapor Daily Star.
Baca juga: Kutip sampah berjenama, wanita kongsi cara dapat RM10,000 sebulan