Malaysia Dateline

Wajah Bilal anak Neelofa ‘cute’ mula tular, peminat ambil foto curi di kaunter kerajaan

Sekian lama peminat menunggu untuk melihat wajah Muhammad Bilal sehingga boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita mengenai anak usahawan terkenal Noor Neelofa itu.

Hari ini wajah anak selebriti terkenal itu dikatakan telah tular di TikTok apabila ada seorang pengguna telah memuat naik wajah Bilal.

Penantian peminat selebriti dan usahawan terkenal menantikan pendedahan wajah Bilal akhirnya tertunai.

Menerusi satu portal hiburan, seorang individu telah memuat naik foto Bilal di aplikasi TikTok.

Wajah Bilal anak Neelofa 'cute' mula tular, peminat ambil foto curi di kaunter kerajaan

Menurut individu tersebut dia telah terjumpa pasangan tersebut di sebuah kaunter kerajaan dan Bilal sedang didukung oleh Neelofa di samping suaminya.

“Bilal is cute, nampak dalam gambar pun dah gebu. Dah macam muka Afwa anak TokTi pun ada, tapi iras-iras sepupu dia Jebat Jayden,” kata individu itu.

Dalam ruangan komen ada netizen mengesahkan bahawa bayi yang berada dalam foto tersebut sememangnya Bilal kerana ada yang terjumpa pasangan itu memakai baju yang sama seperti dalam video yang tersebar itu.

“Comel, semua baby pun comel. Bilal iras-iras Afwa anak TokTi pulak,” kata seorang warganet.

Namun, ada netizen beranggapan bahawa tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.

Usia cahaya mata sulung pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail yang diberi nama Muhammad Bilal kini mencecah lapan bulan.

Sebelum ini, isu menutup wajah anaknya itu sangat menarik perhatian orang ramai di media sosial dengan pandangan positif mahupun sebaliknya, kini Neelofa dilihat semakin terbuka berkongsikan foto Bilal kepada umum.

Malah di Instagram Neelofa juga, dia ada berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan gelagat Bilal.

Walaupun wajah Bilal belum dikongsikan, kulit gebu dan tubuh badannya yang comel sudah cukup membuatkan ramai ‘geram’.

Walau bagaimanapun, sejak pagi tadi seorang bayi yang didakwa Muhammad Bilal tanpa ditutup wajahnya mula tersebar di media sosial.

Turut menjadi tumpuan ramai menerusi aplikasi TikTok, keluarga selebriti ini hangat diperkatakan warganet pula.

Meskipun begitu, seorang individu di aplikasi berkenaan tampil berkongsikan foto seorang bayi yang didakwa Muhammad Bilal itu dan telah menutup wajahnya. Telatah keluarga selebriti ini bagaimanapun menarik tumpuan ramai.

Hensem Muhammad Bilal anak Neelofa,” puji pemilik akaun Eira_gold tersebut di TikTok manakala rata-rata netizen di aplikasi terbabit juga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen selepas video berdurasi 19 saat itu dikongsikan dan dalam pada itu, ia ditinggalkan ribuan tanda suka.

Baca juga: Ban pecah di Tanjung Karang penduduk ditenggelami air, netizen kata mungkin terkejut bubar Parlimen semalam